Contoh Soalan Temuduga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2015.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

1.Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2.Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3.Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4.Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5.Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

VISI & MISI JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

Visi : “Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi.”

•Misi : “Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat.”

• Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terkini ialah YAS Dato’ Sri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid

OBJEKTIF & FUNGSI JABATAN

•Objektif jabatan ialah untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran,menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. •Kemudian dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2015

Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)


Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbahagi kepada 2 bahagian.

• 3 segi berwarna merah dengan logo jabatan
• 3 segi lain dengan jalur kuning dan biru. 
• Warna merah : melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

•15 jalur kuning dan biru : membawa maksud terdapat 15 buah jabatanbomba dan penyelamat negeri-negeri.
• Jalur kuning : melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan dan “stakeholders” ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

• Jalur biru : melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran danmenitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

Soalan yang selalu ditanya berkaitan API



Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41 dan Penolong Penguasa Bomba KB29.

 
                 Pasukan Khas HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)


Pegawai Penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)


                             Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)