Penerangan Mengenai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Atendan Hospital atau Pembantu Perawatan Kesihatan U11?

Secara am, tugas seorang Attendan Hospital adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) 

kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan. 

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

1. JADUAL GAJI  

 Gaji Minimum                         : RM1,204.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00  
Gaji Maksimum                         : RM3,001.00

 2. SYARAT LANTIKAN  

  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

  (a) Warganegara Malaysia; dan  
  (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  (c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada                               peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan 
                 yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan  
  (d) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang 
                diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred U11 : RM1,204.00)  

 3. DESKRIPSI TUGAS  

Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


1. KEBERSIHAN KLINIK

1.1 Menjalankan aktiviti kebersihan di dalam Klinik Kesihatan.

1.2 Menjalankan disinfektasi lantai dan peralatan perubatan yang tercemar. 

1.3 Membersihkan linen kotor serta menyimpan di tempat yang disediakan.


2. PERSIAPAN KLINIK

2.1 Menyusun atur kerusi dan meja.

2.2 Memastikan peralatan untuk minor surgery telah dibersihkan dan disucihama.

 2.3 Menyusun dan memfailkan kad rawatan pesakit.

2.4 Memastikan alat pandang dengar berfungsi.

2.5 Memastikan sistem nombor giliran berfungsi.

2.6 Mencari rekod/data pesakit sebelum temujanji.


3. PERKHIDMATAN KAUNTER

3.1 Memastikan alat tulis dan buku pendaftaran sentiasa tersedia.

3.2 Menerima panggilan telefon.

3.3 Memasukkan maklumat pesakit ke dalam kad rawatan.

3.4 Membantu mendaftar pesakit dalam buku daftar.

3.5 Mengesan dan mencari kad pesakit untuk rawatan susulan.

3.6 Memberi borang saringan kepada pelanggan.

3.7 Menghantar kad rawatan ke bilik rawatan


4. MEMBANTU DALAM RAWATAN PESAKIT

4.1 Memanggil pesakit untuk menerima rawatan.

4.2 Bertindak sebagai Chaperone Pesakit jika perlu. 

4.3 Menyediakan borang-borang keperluan rawatan.

4.4 Menyediakan peralatan untuk memeriksa pesakit.


5. BILIK KECEMASAN/BILIK PROSEDUR

5.1 Membantu melakukan prosedur rawatan.

5.2 Membantu di dalam kes kecemasan.

5.3 Mengiringi pesakit ke unit-unit lain dalam Klinik Kesihatan.

5.4 Mengiringi pesakit untuk rujukan ke hospital.

5.5 Membantu semasa tugas atas panggilan 

(OnCall) dan Panggilan Ambulans.


6. PENGENDALIAN SISA KLINIKAL

6.1 Mengendali dan memastikan bekalan sharp 

bin, plastik biohazard mencukupi.

6.2 Mengendali dan memastikan semua sisa klinikal disimpan dalam bilik Utiliti.

6.3 Memastikan bilik utiliti dalam keadaan bersih dan selamat.

6.4 Mengumpul dan merekod sebelum di hantar ke pusat pengumpulan sisa klinikal.


7. KLINIK METADONE

7.1 Pendaftaran pesakit.

7.2 Menyediakan fail pesakit.

7.3 Mengambil keputusan saringan dari makmal.

7.4 Membantu dalam menyediakan ubatan.


8. KEM KESIHATAN DAN PROMOSI KESIHATAN

8.1 Membantu menyediakan peralatan untuk sesi ceramah kesihatan.

8.2 Membantu mengedarkan risalah kepada pesakit.

8.3 Mengemaskan semua peralatan yang telah digunakan. 


9. MENJAGA KESELAMATAN KLINIK DAN PRASARANA

9.1 Memastikan pintu klinik dibuka dan dikunci.

9.2 Menutup semua suis peralatan elektrik.

LAIN-LAIN TUGAS

1. Mengemas dan menukar cadar.

2. Menghantar filem X-ray, ujian makmal, specimen dan kain linen ke unit atau hospital.

3. Mengambil dan mengumpul laporan X-Ray dan ujian makmal dari hospital.

4. Menggantikan bekalan tong oksigen yang kosong. 

5. Membantu mengambil ubat-ubatan atas arahan pegawai atasan dari Stor Intergrasi.

6.Melakukan lain-lain tugas yang diarah oleh pegawai atasan bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.


Tugasan AM

1. Membantu dalam memberi rawatan kepada pesakit

2. Menyediakan jadual tugas PPK.

3. Memantau kedatangan PPK hadir bertugas setiap shift.

4. Menyelaraskan jadual dan tugasan harian PPK.

5. Membuat permohonan dan penerimaan linen supaya sentiasa mencukupi.

6. Memberi orientasi kepada PPK baru.

7. Menjalankan tugas despatch dokumen ke Jabatan, Wad dan lain-lain unit).

8. Menyemak buku aktiviti harian PPK dan melapor kepada Penyelia PPP.

9. Membuat persediaan aktiviti latihan kepada semua PPK.

10. Mengambil pesanan alat tulis.

11. Mengambil pesanan dari stor perubatan.

12. Memantau dan memastikan PPK mematuhi etika pakaian seragam.

13. Memantau dan mengamal prinsip standard precaution sentiasa diamalkan oleh PPK.

14. Melakukan lain-lain tugas yang diarah oleh pegawai atasan bersesuaian dengan tugas dan 

tanggungjawab.




Rujukan ini BUKAN BUKU tetapi adalah eBOOK versi download (pdf file). Anda akan dapat akses ke laman download selepas bayaran disahkan

1 ulasan

  1. asallamuallaikum,boleh sayq tqhu tarikh tutup permohoban bila?

    BalasPadam