Thursday, 26 March 2020

author photo
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11


  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mepunyai Kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Iklan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Iklan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11

Adalah penting untuk anda mengetahui bidang tugas pembantu perawatan Gred U11 sebelum anda mengisi permohonan secara online. Berikut merupakan bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 secara umum.


TUGAS-TUGAS AM


  • Ketik kad kehadiran kerja masa masuk dan keluar.
  • Melaporkan kehadiran pada ketua unit atau jururawat bertugas.
  • Serahkan/ambil tugas kepada rakat sejawat.
  • Kemas katil dan kebersihan sekitar wad.
  • Kemas dan bersihkan katil pesakit discaj.
  • Tukar dan ikat beg linen yang sudah penuh.
  • Pastikan oksigen dan suction berfungsi dan bersih.
  • Bersihkan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
  • Menyediakan air kepada pesakit mengikut waktu dan .keperluan
  • Ambil dan hantar troli makan dari unit sajian.
  • Kutip dan cuci tray selepas pesakit selesai makan.
  • Bersihkan peti sejuk dan peralatan steril ikut jadual.
  • Berhubung baik dengan pesakit, famili pesakit dan unit-unit lain.


Hadir ke mesyuarat unit, perhimpunan di waktu pagi dan program untuk menambah ilmu pengetahuan.

Membaca dan menurunkan tanda tangan surat pekeliling, minit mesyuarat dan melaksanakan arahan pegawai atasan/ketua wad.

Hadir ke program anjuran hospital seperti kelab sukan, aktiviti 5S, gotong royong, akreditasi dan lain-lain.

Hantar dan ambil barang dari atau ke pejabat am, farmasi, makmal, rekod, stor, unit hasil, x-ray dan pejabat penyelia jururawat.

TUGAS-TUGAS KHAS


  • Tugas klinikal menurut tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di wad tahap 1, 2 dan 3.
  • Senarai tugas klinikal di unit tertentu tahap 3 contohnya mortuary, phsysioterapi.

1 komentar:


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post