Senarai kementerian, jabatan dan agensi yang menawarkan Latihan Industri

Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi bagi menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam sektor industri berkenaan dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.Latihan yang dijalankan adalah berteraskan konsep pembelajaran melalui amalan mempraktikkan teori dan konsep akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang sebenarnya.


Tempoh Latihan Industri

Tempoh latihan industri berdasarkan kepada program pengajian pelajar. Tempoh terkumpul bagi latihan industri hendaklah tidak kurang dari 3 bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh manamana badan profesional yang mempunyai kuasa menganugerah

akreditasi atau mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak Fakulti ataupun berdasarkan kepada keperluan yang ditetapkan di bawah standard piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF). 

Di antara objektif latihan industri ialah:-

1. Mendedahkan pelajar kepada jenis pekerjaan, suasana persekitaran dan suasana kerja yang terdapat di industri dan organisasi.

2. Memberi peluang kepada para pelajar memperolehi kemahiran pada kesempatan yang  seawal mungkin.

3. Memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajardan menggalakkan mereka berinteraksidengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat.

4. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kelas dengan praktikal diindustri.

Syarat-Syarat Permohonan

1.Warganegara Malaysia.

2.Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta dalam dan luar negara.

3.Pelajar boleh memohon mana-mana Jabatan/Bahagian/Unit yang difikirkan bersesuaian dengan bidang pengajian.

4.Pelajar akan mengikuti latihan industri bersamaan dengan waktu pejabat yang ditetapkan pada hari bekerja.

5.Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sopan sepanjang tempoh latihan industri.

6.Permohonan juga perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri.

7.Tempoh latihan industri adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta.

8.Setiap permohonan perlu sertakan Resume (Bahasa Melayu), Transkrip dan Surat Permohonan dari Universiti Awam (UA), IPTA/Swasta secara atas talian.

9.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Senarai Kementerian, Jabatan , Agensi dan sektor swasta yang menawarkan latihan industri :-

1.PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK

2.JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK

3.DIGITAL PERAK CORPORATION HOLDINGS

4.PARLIMEN MALAYSIA

Permohonan dan Borang Disini semua secara online