Temu Duga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa urusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 akan dilaksanakan secara berfasa bermula 8 September 2021.

Urusan temu duga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Bakal Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP. Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

Senarai Opsyen Panggilan Temu Duga Fasa 1

Panggilan temu duga Fasa 1 boleh disemak di portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen-opsyen berikut:

1.Bahasa Cina
2.Bahasa Semai
3.Bahasa Iban
4.Bahasa Kadazandusun
5.Muzik
6.Tahfiz
7.Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
8.Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
9.Pendidikan Khas (SJKC)
10.Pendidikan Moral (SJKC)
11.Muzik (SJKC)
12.Sejarah (SJKC)
13.Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
14.Matematik (SJKC)
15.Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)

Maklumat Lanjut di Disini