50,260 Kekosongan Jawatan Untuk Penganggur, Graduan & Lepasan Sekolah Melalui MyFutureJobs PERKESO

Program Insentif Pengambilan Pekerja atau 'PenjanaKerjaya' akan dilaksanakan bermula 15 Jun 2020 bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.


Buat majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, anda mungkin layak untuk menerima manfaat insentif PenjanaKerjaya sehingga 6 bulan sekiranya anda mengambil dan menggaji pekerja baharu.

Bagi pencari kerja pula, segera berdaftar di portal MyFutureJobs PERKESO (www.myfuturejobs.gov.my) untuk meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda, sekarang!




1. Apakah maksud Program Latihan Insentif PenjanaKerjaya (IPK) / Training Program Under Hiring Incentives?

• Program Latihan IPK adalah insentif yang diberikan oleh kerajaan melalui PERKESO kepada majikan untuk melatih pekerja yang telah diambil untuk bekerja di bawah Insentif PenjanaKerjaya (IPK).
• Program Latihan IPK bertujuan untuk pekerja yang diambil oleh majikan berpeluang meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan keperluan pekerjaan dan perusahaan majikan.

2. Bilakah Program Latihan IPK mula dilaksanakan dan siapakah yang layak mengikuti latihan?

• Permohonan Program Latihan IPK oleh majikan adalah bermula pada 1 Julai 2020.
• Majikan dan pekerja yang telah diluluskan di bawah Insentif Pengambilan Pekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk mengikuti latihan.

3. Apakah syarat kelayakan majikan untuk mengikuti Program Latihan IPK?

• Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan;
• Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa;
• Satu Garis Panduan berkaitan Program Latihan ini akan disediakan dan majikan boleh merujuk dari semasa ke semasa di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my; dan
• Tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya dan tidak boleh melebihi 30 hari.

4. Dalam situasi manakah pekerja atau majikan TIDAK LAYAK memohon insentif Program Latihan IPK?

• Majikan yang menjalankan In-house training bagi pekerja mereka sendiri yang dilantik di bawah Program PenjanaKerjaya.
• Majikan yang mengambil ibu-bapa, suami atau isteri, adik-beradik atau anak yang diambil sebagai pekerja.
• Pekerja yang diambil secara perantis.
• Pekerja yang telah dan sedang mengikuti program latihan yang dibiayai oleh agensi lain sepanjang tempoh pelaksanaan Program PenjanaKerjaya.
• Pekerja yang telah mengikuti Program Latihan IPK di bawah Program PenjanaKerjaya.

5. Siapakah yang perlu mengemukakan permohonan untuk menyertai Program Latihan IPK?

• Majikan yang akan mengemukakan permohonan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan.

6. Apakah bidang kursus yang ditawarkan di bawah Program Latihan IPK?

• Program Latihan IPK di bawah SIP adalah terbuka kepada semua bidang pekerjaan dan perusahaan di negara ini seperti contoh berikut :
o Teknologi Maklumat, Digital Literacy, Microsoft 365
o Program latihan berkaitan IR 4.0 (Automation, data exchange in manufacturing technologies, internet of things (IoT), industrial internet of things (IIOT), cloud computing, artificial intelligence and machine learning, big data analytic etc
o Perkilangan/Pembuatan/Kejuruteraan dan Teknikal
o Logistik
o Hospitality professional
o Pemasaran/Jualan/Borong dan runcit
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pembinaan
o Kewangan dan insurans
o Healthcare dan lain-lain
• Hanya kursus yang telah diluluskan oleh PERKESO dan tersenarai di bawah PenjanaKerjaya sahaja yang dibenarkan untuk dibuat pilihan oleh majikan.

7. Bagaimanakah majikan membuat permohonan kursus bagi pekerja di bawah Program Latihan IPK?

• Majikan boleh membuat permohonan dan memilih kursus-kursus yang tersenarai di bawah Program Latihan IPK di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my. Sebelum memulakan program latihan, majikan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Pejabat SIP PERKESO termasuk senarai nama pekerja yang diperakukan untuk manjalani latihan yang tersenarai di bawah Portal PenjanaKerjaya.

8. Apakah tanggungjawab majikan ke atas pekerjanya tersebut setelah permohonan Program Latihan IPK diluluskan oleh PERKESO?

• Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja tersebut mengikuti kursus/latihan sehingga selesai.

9. Berapakah bilangan kursus/latihan yang boleh dimohon oleh majikan di bawah Program Latihan IPK?

• Majikan bagi pihak pekerja hanya boleh memohon satu (1) kursus/latihan sahaja di bawah program ini tetapi sebaiknya program yang ditawarkan adalah berbentuk hybrid fokus kepada job specific technical skills.
10. Adakah pekerja layak menerima apa-apa bantuan daripada PERKESO untuk Program Latihan IPP?
• Pekerja yang layak akan menerima Bantuan Kehadiran Latihan sebanyak RM 30.00 sehari, berdasarkan jumlah kehadiran dan dokumen sokongan yang dikemukakan oleh penyedia latihan terlibat. Bantuan Kehadiran Latihan akan dibayar oleh PERKESO kepada majikan terlibat dan majikan tersebut perlu bayar kepada pekerja.

11. Adakah pekerja atau majikan perlu membayar Yuran Latihan Program Latihan IPP ?

• Pekerja dan majikan tidak perlu membuat apa-apa bayaran kerana yuran latihan bagi Program Latihan Program IPP adalah ditanggung sepenuhnya oleh dana peruntukan kerajaan.

12. Apakah mod pembelajaran yang dilaksanakan untuk Program Latihan IPK?

• Program latihan kemahiran adalah dilaksanakan melalui kaedah secara langsung di premis majikan atau di premis penyedia latihan.

13. Bilakah permohonan Program Latihan IPK ini berakhir?

• Tarikh akhir bagi permohonan Program Latihan IPK ini akan berakhir pada 31 Disember 2020.
Bagi pertanyaan umum, boleh menghubungi 1-300-22-8000 atau emel perkeso@perkeso.gov.my

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Permohonan dan Borang Disini 

Rujukan :Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia