Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia Tahun 2023

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia Tahun 2023

Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sidang Pagi) yang diadakan baru-baru ini. Perdana Menteri mengumumkan untuk mempercepatkan bantuan pembayaran tunai rakyat mulai Mac 2023 hingga Januari 2023.


Definisi Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023

Berikut dikongsikan definisi apa itu bantuan yang diteruskan oleh kerajaan pada tahun hadapan:-Bantuan Tunai Rakyat 2023 atau BTR 2023 adalah merupakan bantuan tunai yang diberikan kerajaan
lazimnya setiap tahun. Ianya akan diumumkan dalam pembentangan bajet tahunan pada suku tarikh
tahun sebelumnya. Bantuan sebegini telah diperkenalkan sejak tahun 2012 yang dikenali sebagai
BR1M, kemudian diteruskan dengan nama yang berbeza seperti BSH, BPR, dan BKM

Syarat BTR Kelayakan Permohonan Bantuan Tunai Rakyat 2023

1. Syarat Permohonan Isi Rumah

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Pemohon merupakan lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang 
  3. bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang.
  4. Pasangan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia atau memiliki kad pengenalan Malaysia.
  5. Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dibawah JPN.
  6. Anak pemohon mestilah memiliki kad pengenalan atau MyKid.
  7. Anak pemohon juga hendaklah individu yang tidak bekerja atau masih belajar.

2. Syarat Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 atau kurang bagi yang berumur 60 tahun ke atas.

3. Syarat BTR Bujang

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun dan OKU yang 
Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Tahun 2023

1.Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan dipercepatkan pada Januari 2023 dengan bayaran RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

2.Bantuan Monsun (BMT) 2023

Jumlah BMT akan dinaikkan sebanyak RM200 untuk pekebun kecil menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima sebanyak RM800 daripada RM600 sebelum ini.

3.Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023

Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dengan bayaran RM150 seorang.

4.Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas

Penjawat awam Gred 11 hingga 56 akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM100

5.Bantuan Khas Kewangan

Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran RM700. Manakala bagi pesara kerajaan pula akan menerima RM350




• Bayaran Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah pada Januari 2023.

• Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.



Rakyat boleh merujuk kepada laman sesawang https://btr.hasil.gov.my sebagai rujukan awal sebelum maklumat lengkap berkaitan BTR 2023 diumumkan.