Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Bermula 2 November 2021 hingga 4 Disember 2021.

 Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal bagi jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) Bermula 2 November 2021 hingga 4 Disember 2021.

Calon yang TELAH MENGISI PERMOHONAN JAWATAN pada TARIKH IKLAN YANG TERDAHULU seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan :

i) Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) : Tarikh Iklan pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021
ii) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) : Tarikh Iklan pada 2 Ogos 2021 hingga 15 Ogos 2021

Calon dikehendaki untuk 'Log In' dan Klik di 'Semak Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM. 

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Calon yang tidak tersenarai adalah calon yang gagal mengisi permohonan mereka dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Contoh permohonan tidak lengkap adalah seperti tidak mengisi maklumat pendidikan dengan lengkap, contohnya tidak mengisi maklumat SPM dan PMR/PT3.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.



CARA BUAT SEMAKAN

Calon dikehendaki untuk ‘Log In’ dan Klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM di pautan berikut: