Pengambilan Khas Guru Secara One-off 2021

 Baru-baru ini Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin mengumumkan pengambilan secara one off guru akan dibuat pada bulan Oktober 2021

Penjelasan Menteri Pendidikan Malaysia (KPM)

Saya dapati ada luahan kegusaran dalam ruangan komen FB berkaitan pengumuman pengambilan guru secara one-off. Luahan tersebut menggambarkan seolah-olah ambilan guru secara one-off ini tidak mengutamakan graduan pendidikan.

Sebenarnya, saya telah jelaskan semasa sidang media semalam bahawa graduan pendidikan akan diberikan keutamaan dalam pengambilan khas ini. Ia tertakluk kepada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam semua tapisan yang akan dilaksanakan.

Sekiranya calon berjaya dalam kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen, maka urusan pengambilan akan diperluaskan kepada graduan bukan pendidikan, tertakluk kepada kesesuaian.

Boleh rujuk penjelasan saya semalam dalam video ini



Menteri Pendidikan Malaysia 

Dr Radzi Jidin