Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021

 1.Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

3. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum mengemukakan atau mengemas kini permohonan.

4.Senarai opsyen yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

a) Opsyen bagi Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Semenanjung, Sarawak, dan Sabah:

a) memiliki kelulusan bukan dalam bidang tersebut tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa berkenaan; atau

b) memiliki kelulusan bukan dalam bidang bahasa tersebut tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa berkenaan.

b) Opsyen bagi SJKC di Semenanjung, Sarawak dan Sabah:

5. Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

6. Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam mengikut :

a) Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga; 


b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga;  dan

c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga.

7. Calon-calon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 di SINI.

Sebarang Rujukan bagi Permohonan boleh rujuk di SPP

RUJUKAN SPP