Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN),mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap/ kontrak seperti berikut:

Maklumat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.

Senarai Jawatan yang ditawarkan : 

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
2. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Maklumat Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan : 24 Julai 2023
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan 
Kelulusan Minimum :  Diploma dan SPM/SPMV
Status Pelantikan :Tetap/kontrak

Cara Memohon Jawatan :

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di PTPTN

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Permohonan dan Borang Disini 

Penafian

Untuk pengetahuan semua, iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Sila rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.