Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP). Namun demikian, permohonan jawatan SPP melalui Portal Jobs Malaysia masih boleh diteruskan sehingga 31 Julai 2020.



Berikut adalah jawatan yang boleh di pohon sepanjang tahun melalui sistem mySPP

1.Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 
2.Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29 
3.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
4.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
5.Penyelia Asrama Gred N19
6.Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
7.Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
8.Pembantu Makmal Gred C19
9.Pembantu Operasi Gred N11
10.Pemandu Kenderaan Gred H11

CARA DAFTAR mySPP

*Untuk membuat permohonan jawatan di mySPP, anda perlu :
*Mengisi permohonan baharu dan TIDAK BOLEH menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN di portal Jobs Malaysia
*Klik pautan ini https://myspp.gov.my/
*Dapatkan MyID iaitu KAD PENGENALAN anda terlebih dahulu
*Daftar akaun baharu anda dengan MyID sebelum mengisi mySPP