CARA DAPATKAN DISKAUN 50% BIL ELEKTRIK SELAMA 6 BULAN

Selama tempoh PKP ini hampir semua rakyat duduk di rumah. Kalau semua ada di rumah faham-faham sajalah dengan penggunaan elektrik.


Kipas, lampu, tv mungkin sepanjang masa. Itu belum masuk lagi penghawa dingin, gajet  yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Boleh jangka bil nya nanti.

Untuk mendapatkan diskaun 50% bil elektrik selama 6 bulan, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan.

Penerangan ringkas diskaun bil elektrik TNB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN ini adalah seperti di bawah.

Pengiraan kadar diskaun bil elektrik setiap bulan adalah dilakukan berdasarkan kadar kWh yang digunakan mengikut kadar berikut:


  • Jika anda menggunakan 200 kWh ke bawah sebulan, anda akan terima diskaun 50%
  • Jika anda menggunakan antara 201 – 300 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 25%
  • Jika anda menggunakan antara 301 – 600 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 15%
  • Jika anda menggunakan lebih 600 kWh sebulan, anda akan terima diskaun 2%


Untuk menyemak kadar penggunaan kWh elektrik anda, anda boleh semak pada bil elektrik anda di bahagian dalam kotak merah di bawah.


  • Maklumat Am
  • 6 Sektor Perniagaan Terpilih
  • Pengguna Perdagangan (Selain 6 Sektor Terpilih), Perindustrian Dan Pertanian Spesifik
  • Pengguna Domestik / Kediaman
  • Pembilan Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Kaedah Pengiraan Diskaun
  • Saluran Pertanyaan



Dipetik daripada laman web rasmi TNB

Boleh rujuk laman TNB  https://www.tnb.com.my/prihatin/