Bantuan Prihatin: Program Subsidi Upah RM600 Kekal, Dinaikkan Ke RM800 Dan RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja Dan Majikan


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan majikan dan pekerja bagi membuat permohonan Program Subsidi Upah:


  1. Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.
  2. Majikan mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari 2020.
  3. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.
  4. Majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja sedia ada.


KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran bantuan adalah seperti berikut:


  1. Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  2. Bayaran bagi pekerja yang layak di bawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan.

CARA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO.