Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penjara Malaysia mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap/ kontrak seperti berikut:
Maklumat Jabatan Penjara Malaysia
Jabatan Penjara Malaysia ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti serta proaktif dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.
Senarai Jawatan yang ditawarkan :
1. Pegawai Penjara Gred KA19
Maklumat Jawatan Kosong:
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : SPM
Status Pelantikan :Tetap/kontrak
Cara Memohon Jawatan :
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan Penjara Malaysia
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:
(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)
Penafian
Untuk pengetahuan semua, iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Sila rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.