Rayuan BPN Hasil: Sila Buat Permohonan Melalui Borang Rayuan Link Ini Bermula 3 April

SEMAKAN RAYUAN BPN.HASIL

Untuk permohonan sudah tentu ramai yang telah membuat semakan. Semasa semakan status anda akan ditunjukkan di skrin sama ada nama anda berada di dalam sistem atau tidak.


Sekiranya nama anda tiada dalam sistem dan anda cukup syarat untuk menerima bantuan ini maka anda perlulah membuat permohonan rayuan BPN Hasil.

RAYUAN BPN HASIL DI BUKA

Untuk makluman, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my.

Permohonan semakan rayuan bpn.hasil hanya akan di buka pada 3 April 2020. Jadi anda boleh membuat rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tiada permohonan rayuan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

BANTUAN LANJUT SEMAKAN RAYUAN HASIL BPN

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM  dan Twitter ~ https://twitter.com/LHDNMofficial