Iklan Jawatan Kosong Terkini Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Permohonan jawatan kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap / kontrak seperti berikut :-

Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan :

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29

Maklumat Jawatan Kosong:

Tarikh tutup permohonan:29 November 2019
Lokasi :Perak
Sektor :Kerajaan
Kelulusan Minimum :Diploma
Status Pelantikan :Tetap/kontrak

Syarat-Syarat Permohonan:

1. Bagi pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun melalui link dibawah
2. Sila gunakan borang yang ditetapkan dengan menyertakan salinan sijil secara berasingan sekiranya memohon lebih dari satu jawatan.
3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam , Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini,  Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun berturut dan terkini, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.
4. Permohonan yang mempunyai kelayakan Ijazah / Diploma / Sijil dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) sebagai bukti kelayakan untuk dilantik ke Perkhidmatan Awam.
5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri
6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA.
7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan atau upload dalam bentuk PDF

Borang Permohonan dan Syarat-syarat

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Klik Borang pemohonan dan syarat-syarat disini