CARA MOHON KERJA KERAJAAN MENERUSI SISTEM SPA9

 Untuk pengetahuan semua, sistem permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dinaik taraf daripada SPA8i kepada SPA9 bermula 28 September 2020.


SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah SPA.

1. Klik "Pendaftaran Pengguna“untuk ke HalamanPendaftaran





2. Isi semua maklumat diperlukan dan klik 'Hantar"


3. Pendaftaran berjaya dan login semula ke SPA9 dengan Klik "Log Masuk"



4. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik "Seterusnya"



4. Sekiranya belum pernah mengisi SPA8i sebelum ini, sila isikan semua maklumat peribadi, maklumat kelayakan akademik, serta maklumat lain yang berkaitan dan klik "Seterusnya"


6. Setelah itu pastikan klik pada "Pengakuan Pemohon" dan klik petak SETUJU. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik "HANTAR"


7. Untuk semak status permohonan klik "Permohonan Yang Telah Didaftarkan"



8. Untuk melihat status permohonan semasa klik " Status Permohonan Semasa"


1. Masuk ke portal rasmi SPA9 di laman sesawang berikut: 

Cara Mohon SPA9

https://spa9.spa.gov.my/login

2. Pastikan anda membaca peraturan yang disediakan dan tidak memasukkan maklumat palsu atau mengelirukan.

Klik ‘Pendaftaran Pengguna’

Lengkapkan maklumat seperti yang diminta Tanda pada kotak dan klik setuju

3. Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SPA8i, anda perlu membuat “Pendaftaran Pengguna” bagi memasuki ruangan SPA9 ini.

Masukkan maklumat terkini dan tekan butang ‘Daftar’.

Kembali semula ke halaman depan SPA9

4.  Jika anda pernah membuat pedaftaran menerusi SPA8i, maklumat dan profil anda akan terpampang di skrin. Anda boleh mengemaskini butiran peribadi disini.

Pendaftaran pekerjaan dalam SPA9

i. Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);

ii. Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;

iii. Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower