Berdasarkan Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (PENJANA) Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang dilancarkan hari ini, sebanyak 40,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan untuk penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan atau menganggur akibat daripada penularan wabak COVID-19.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan, peluang pekerjaan itu akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Pada peringkat awal, sebanyak 10 organisasi bakal menyediakan 20,000 pekerjaan. Antaranya ialah, National Tech Association of Malaysia (Pikom), Tenaga Nasional Bhd (TNB), Malaysia Digital Economy (MDEC), Brickfields Asia College, Federation of Malaysian Manufacturer, 7Eleven, AEON, Grab, Kelly, dan Care Concierge.
Selain itu, 10 organisasi ini turut menawarkan latihan pekerjaan dan kemahiran melalui 5 inisiatif strategik yang disediakan oleh HRDF. Ianya merangkumi penempatan dan latihan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baru, pembangunan industri kecil dan sederhana (PKS), pengembangan B40, dan ‘gerak insan gemilang’ (GIG).
Seterusnya, inisiatif ini menyasarkan para penganggur yang berkelulusan diploma atau ijazah, pekerja tempatan, pemilik dan pekerja PKS, rakyat Malaysia dari kumpulan B40 dan golongan belia.
Oleh itu, rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan dan menjalani latihan kemahiran melalui inisiatif ini boleh mendaftar di www.penjanahrdf.com.my mulai hari ini.
Kredit : https://intraday.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Kerja Kosong Terkini Di Malaysia
- Kekosongan Jawatan Kosong di Elews Mart (Pemilik Ebit Lew)
- Permohonan Jawatan Atendan Hospital/Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Dengan Menggunakan Sijil PMR/PT3/SRP
- Temuduga Terbuka Airport Fire and Rescue Service (AFRS) di Sarawak
- Jawatan Kosong Terkini di Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
- Iklan Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Ahli Bomba di Airport Fire and Rescue Service
- Jawatan kosong di National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) tarikh tutup 24 Julai 2018
- Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Penerangan Mengenai Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Iklan Jawatan Kosong di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
