Muat turun borang rentas negeri

Rakyat di Semenanjung boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri menerusi Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula hari ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata borang itu kemudian perlu dicetak dan diserahkan kepada balai berdekatan untuk kelulusan.

"Mereka yang tiada akses aplikasi 'Gerak Malaysia' boleh buat permohonan secara manual dengan memuat turun borang itu.

"Buat temu janji dengan balai berdekatan untuk elakkan kesesakan.

“Dalam permohonan kepada pihak polis akan ditulis destinasi yang dituju, sebagai contoh kalau perjalanan ke Johor dan kemudian balik semula ke Kuala Lumpur, tidak dibenarkan melencong ke Melaka dan sebagainya,” katanya.

Muat turun borang rentas negeri

Pergerakan Daerah ke Daerah dibenarkan bagi tujuan seperti berikut :

1. Kerja
2. Membeli keperluan harian
3. Urusan Kesihatan (Temujanji Hospital/Klinik)
4. Kematian
5. Dan urusan lain yang munasabah yang dibenarkan oleh pihak Polis.

Anda juga tidak perlu ke balai polis untuk mendapatkan kebenaran. Tiada had masa bagi pergerakan rentas daerah.

Contoh Borang Rentas Negeri



Download Borang Rentas Negeri